Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan 156 kes Covid-19 pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah tertinggi sejak virus itu melanda negara bermula Mac lalu.
Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, Johor Bahru merupakan daerah paling tinggi kes positif Covid-19 iaitu 62 kes dan diikuti Kluang 56 kes.
“Selain itu daerah Pontian mencatatkan 20 kes manakala Kulai dan Batu Pahat masing-masing 16 dan dua kes.
“Sebanyak 52 kes sembuh dicatatkan pada hari ini,” jelas jabatan itu.
Semalam, negeri ini mencatatkan 75 kes positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan