Firdaus Azil
Ketika
ditanya media mengenai keabsahan jemputan yang tular di media sosial
itu,
Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut menegaskan ianya adalah palsu.
KUALA LUMPUR:
Pengarah Komunikasi Strategik PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil hari ini
menafikan beliau ada mengeluarkan jemputan media mengenai sidang akhbar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.
Ketika
ditanya media mengenai keabsahan jemputan yang tular di media sosial
itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut menegaskan ianya adalah palsu.
Jemputan
tersebut menyebut Anwar akan mengadakan satu sidang media khas
berkenaan satu pengumuman penting berkenaan ‘Demi Negara dan Mandat
Rakyat’ di sebuah hotel di ibu negara.
Menurut kenyataan itu lagi, sidang media berkenaan akan dilakukan selepas selesai sidang perbahasan Dewan Rakyat pada Isnin ini.
Terdahulu sumber memberitahu Astro AWANI
bahawa Anwar dikatakan sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa
beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli
Dewan Rakyat.
Sumber yang dekat dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).
Dengan
jumlah tersebut, ia sekaligus memberi peluang kepada Anwar, yang juga
Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan
Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan