Selasa, 8 Disember 2020

Isu roboh kuil: Kerajaan tubuh jawatankuasa ibadat, kata menteri

Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique berkata penbubuhan 
jawatankuasa itu turut membabitkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan 
Tempatan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa ibadat dengan melibatkan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengenalpasti rumah ibadat yang berdaftar dan tidak berdaftar dalam negara.

Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga bagi menentukan tindakan susulan berdasarkan perundangan yang akan diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

“Saya telah pun berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) dan kerajaan tempatan berkaitan penubuhan satu jawatankuasa ibadat dengan melibatkan sekali Kementerian Perpaduan Negara,” katanya di Dewan Rakyat.

Hamilah berkata demikian menjawab pertanyaan Tuan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang memintanya mengulas isu perobohan kuil di Kedah.

Selasa lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, yang dikatakan berusia lebih 50 tahun.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rumah ibadat mesti dibina dengan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan tempatan terlebih dahulu, selain menambah bahawa MIC harus diharamkan sekiranya ia menghasut rakyat supaya melanggar undang-undang.

Tiada ulasan: