HARAKAH DAILY
ALOR SETAR: Pemimpin Umno sewajarnya mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu perobohan kuil penganut agama Hindu di Alor Setar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah,
Ustaz Nurul Amin Hamid berkata, Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,
Wan Muhammad Azri tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu terhadap
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Katanya, pemimpin
terbabit yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo sewajarnya mendapat
pencerahan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan berdasar pandangan
pihak lain.
“Lebih-lebih lagi sebagai rakan Muafakat Nasional (MN) beliau perlu mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu terbabit,” katanya di sini.
Baru-baru ini Papa Gomo dalam satu kenyataan menyifatkan Muhammad Sanusi biadap dan tidak beretika dan perlu memohon maaf kepada pemimpin MIC dan DAP.
Sehubungan itu, Nurul mendesak Papa Gomo menarik balik tuduhan terhadap Menteri Besar Kedah atau berdepan tindakan undang-undang.
Pihak berkuasa tempatan di Alor Setar baru-baru ini meroboh kuil yang dibina di tanah lapang milik kerajaan tanpa kebenaran. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan