Sabtu, 19 Disember 2020

"Ibu ratu hatiku" - Najib kongsi gambar kenangan bersama ibu tercinta

Nursyazwani Saiful Sham
"Ibu ratu hatiku" - Najib kongsi gambar kenangan bersama ibu tercinta
Perkongsian ringkas itu dimuat naik menerusi Instagram peribadinya. - Foto: 
Instagram/@najib_razak
 
KUALA LUMPUR: “Ibu ratu hatiku.”
 
Demikian luahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kehilangan ibu tercinta, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah yang menghembuskan nafas terakhir pada petang Jumaat.
Perkongsian ringkas itu dimuat naik menerusi Instagram peribadinya.
 
Sebelum itu, Najib mengesahkan pemergian bondanya melalui perkongsian Instagram story selain mengesahkan Allahyarham sudah tiada.
 
“Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” ujarnya.
 
Dalam pada itu, Najib turut menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas perkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya malam tadi.
 
BACA: Mengenang Tun Rahah: Raja Permaisuri Agong berkenan beri penghormatan terakhir
BACA: Doa Najib buat ibu tersayang
 
Terdahulu, Allahyarham yang juga balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
 
Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, Allahyarhamah akan diberi penghormatan dalam Istiadat Pengebumian Negara dan jenazahnya akan disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan.
 
BACA: Istiadat Pengebumian Negara untuk Tun Rahah - PM
BACA: Tun Rahah meninggal dunia
BACA: Kekuatan di sebalik kelembutan wanita bernama Tun Rahah

Tiada ulasan: