Syah Hairizal Kamalul Arifin
Taman Kinabalu di Kundasang dibuka semula hari ini selepas lapan bulan ditutup
akibat penularan COVID-19. -Astro AWANI
"SAYA teruja untuk mendaki Gunung Kinabalu sebab hampir setahun saya tunggu giliran mendaki."
Menurut
Aten Yuken, 37, yang berasal dari Sandakan, beliau teruja kerana
dibenarkan mendaki dan menjadi pendaki pertama selepas lapan bulan
gunung tersebut ditutup bagi sebarang aktiviti pendakian.
"Dua hari lepas saya dihubungi ejen yang mengatakan bahawa saya akan dibenarkan mendaki hari ini (Isnin).
"Semalam (Ahad) saya bertolak dari Sandakan ke Kundasang dan bermalam di situ.
"Saya
mendaftar untuk mendaki pada 29 Januari 2020 yang lalu dan ini adalah
pendakian pertama saya di Gunung Kinabalu," katanya yang ditemui dalam
tinjauan Astro AWANI sempena pembukaan semula Taman Kinabalu di
Kundasang pada Isnin.
Menurut
Penolong Pengurus Taman, Taman Kinabalu, Januarius Shaftang, berbanding
kebenaran mendaki yang dibenarkan pada dua minggu lalu, pendakian dan
lawatan kini dibenarkan sehingga 100 orang sehari.
"Hari
pertama pembukaan semula taman ini kami menerima seramai 11 orang
pendaki dan bermula hari ini seramai 100 pendaki dibenarkan mendaki
Gunung Kinabalu.
"Bagi pelawat harian
pula, Taman-Taman Sabah membenarkan seramai 100 orang pelawat sehari dan
mereka (termasuk pendaki) perlu memakai pelitup muka, melalui
pemeriksaan suhu, mengimbas kod MySejahtera dqn menggunakan pembersih
tangan.
"Bagi yang bergejala kami tidak akan membenarkan mereka masuk atau mendaki," katanya.
Sementara
itu, bagi pemandu bas pelancong Matthew Philips, 52, beliau
mengharapkan akan lebih ramai pelancong datang khususnya di Taman
Kinabalu.
"Kita harap selepas ini akan
ramai lagi pelancong datang selepas ini sebab sebelum ini kami memang
terjejas teruk tapi nasib baik ada bantuan kerajaan.
"Memang
kami dapat subsidi upah oleh kerajaan dan digunakan untuk bayar gaji
pekerja, kalau gaji RM1,700 mereka akan dapat separuh lebih kurang
RM700.
"Dengan bantuan kerajaan itu sebenarnya dapat mengurangkan beban syarikat untuk bayar gaji."katanya.
Sabtu
lalu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar ditamatkan di seluruh negara dan
industri pelancongan boleh beroperasi seperti biasa bermula 7 Disember
2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan