Kuala Lumpur: Datang minum dan makan sambil cari pelanggan menjadi taktik pelayan pelanggan (GRO) di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini.
Bagaimanapun, kegiatan mereka itu terbongkar selepas pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menyerbu premis terbabit pada 10.55 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, seorang wanita warga Bangladesh dan wanita Warga Myanmar yang dipercayai GRO ditahan bersama tiga pekerja lelaki warga Bangladesh serta lelaki bekerja sebagai penjaga restoran itu.
Menurutnya, semakan mendapati restoran itu memiliki lesen sah sehingga Mei tahun depan.
"GRO terbabit akan datang ke premis itu dan minum serta makan sambil menunggu pelanggan.
"Apabila ada pelanggan yang ingin mengambil khidmat mereka barulah mereka akan melayan dan dibayar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anuar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 63 Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55 (b) akta sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan