Jumaat, 11 Disember 2020

Felda kuasai FGV, TSMY, Khairuddin Aman dan Azmin tak cakap banyak tapi buat kerja


ALHAMDULILAH..... Perdana Menteri, TSMY yang jarang sangat bercakap pasal Felda dan FGV, secara senyap-senyap telah memulihkan Felda dengan suntikan RM5 bilion dan terbitan sukuk RM9.9 bilion, bagi menebus 350,733 hektar ladang Felda yang digadaikan kepada FGV.

Maknanya apa? FGV kini adalah milik Felda. Boleh saya kata begitu? Sebelum ini, Felda ‘tergadai’ kepada FGV disebabkan terlalu gopoh untuk mencari duit segera dengan alasan mahu menambah pendapatan peneroka.

Hari ini, tanpa gegak gempita, tanpa cerita duit KWSP RM10,000 dari akaun 1, Perdana Menteri TSMY telah menyelesaikan kemelut Felda-FGV yang akhirnya dapat memberi faedah sama rata kepada generasi agensi itu.

Berbeza dengan orang lain, buat sesuatu dengan paluan kompang dan bunga manggar, TSMY dengan beberapa Menteri yang terlibat, serta Pengerusi Felda menyusun semula proses penebusan ini, yang tidak mudah sebenarnya.

Percayalah, pengambilalihan semula ladang yang digadai itu boleh memberi perubahan dan impak yang cukup baik dalam organisasi Felda.

“Selama ini ‘peneroka Felda berputih mata’ selepas berlaku gadaian ladang itu, kini generasi baru Felda boleh menikmati kembali hak mereka untuk kemajuan bersama di masa depan.

Generasi baru adalah tunjang kepada Felda apabila menjadi pewaris berterusan dalam memaju dan membangun ladang Felda seluruh negara.

“Saya percaya selepas ini, dengan pengurusan baru dan pelan transformasi yang bakal dilaksanakan dalam model perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, Felda tidak akan mengalami zaman gerhana lagi, “ kata salah seorang Peneroka Felda.

Jangan pula ada yang tampil mengecam usaha baik Perdana Menteri ini. Jangan nanti ada yang nak tunjuk pandai. Tunjuk pandai selepas penebusan gadaian dilakukan dengan suntikan RM yang besar.

Pastinya, ada yang mengatakan, tindakan kerajaan ini kurang bijak kerana menyelamatkan Felda dengan suntikan RM yang besar dan terbitan Sukuk. Orang yang nak tunjuk pandai ini bukan ‘menyelamatkan Felda’ sebaliknya mereka dengki bila PM TSMY berusaha keras menyelamatkan Felda.


Dua bulan yang lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, cadangan Felda untuk mengambil alih semula 350,000 hektar ladangnya yang dipajak kepada FGV Holding Berhad (FGV) bagi mengukuhkan semula kedudukan kewangan, direstui kerajaan.

Katanya, cadangan itu sudah dibincang dalam Mesyuarat Kabinet dan pada dasarnya kerajaan bersetuju dan merestuinya.


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang memperincikan cadangan pengambilalihan itu dan keputusan muktamad akan diumumkan menterinya, Datuk Seri Mohd Azmin Ali, katanya.

Dalam satu kenyataan tidak lama dahulu, beberapa wakil Peneroka Felda amat ternanti-nanti tindakan kerajaan itu.

Kata mereka , usaha kerajaan itu akan mengembalikan Felda ke landasan sebenar seperti awal penubuhannya dalam tahun 1956.

“Sudah lama kami mahukan semua asset termasuk lading dan kilang diambil dan diuruskan semula oleh Felda seperti sebelum kewujudan FGV.

Percayalah, Felda mempunyai keupayaan mengurus sendiri ladangnya dan tidak hairanlah kalau Felda dianggap sebagai lombong emas kepada peneroka dan negara.

Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala? Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun saya bukan peneroka Felda dan saya bukan anak peneroka!. MINDA RAKYAT

Tiada ulasan: