Rabu, 2 Disember 2020

Covid-19: Kakitangan PLUS disahkan positif, Plaza Tol Sedenak ditutup sementara

MGF17052020_TOL-GOMBAK-LENGANG04
Gambar Hiasan. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Plaza Tol Sedenak, Johor disahkan positif Covid-19.

Sehubungan itu, PLUS menutup sementara tol berkenaan untuk proses disinfeksi.

“Kakitangan tersebut seorang Pembantu Khidmat Pelanggan pada ketika ini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan.

“Pada masa yang sama, PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan akan diadakan di plaza tol terbabit.

“Sehubungan dengan itu Plaza Tol Sedenak (bc- entry to exit or total closure) akan ditutup sementara untuk kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, PLUS turut menjalankan pengesanan kontak dan mereka yang terbabit diminta supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan.

Pelanggan dari Sedenak dan kawasan sekitar boleh memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam atau Kulai sepanjang tempoh penutupan itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: