Rabu, 16 Disember 2020

COVID-19: 1,295 kes baharu hari ini

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,295 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini 87,913 dengan kadar kebolehjangkitan, 14,751.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, hanya 10 kes membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Bagi kes harian tertinggi yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 481 kes bersamaan 37.1 peratus.

"Daripada jumlah kes yang dilaporkan di Selangor itu, terdapat 356 kes atau 74 peratus dikesan daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan.

"Selain Selangor, negeri lain yang mencatatkan kes tinggi hari ini ialah Sabah iaitu 268 kes atau 20.7 peratus serta diikuti Kuala Lumpur dengan 232 kes baharu bersamaan 17.9 peratus," katanya dalam sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 1,052 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya di negara ini sebanyak 72,733 atau 82.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Tiada ulasan: