BUTTERWORTH – Seorang paderi warga Korea yang bisu dan pekak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul dua lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), tujuh tahun lalu.
Jee Jon Hoon,55, dituduh atas dua perbuatan mencabul termasuk memeluk dan mencium dua mangsa yang juga bisu dan pekak dengan niat untuk mencabul kehormatan mereka, masing-masing berusia 27 dan 26 tahun.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Paya di sini pada 12.20 tengah malam, Oktober 2013 dan pada 11 malam hingga 1 pagi, Julai 2017.
Majistret M. Kalaiarasi menetapkan 18 Jan ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan jurubahasa Korea dan jurubahasa isyarat antarabangsa.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh pada prosiding hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan