Rabu, 3 Jun 2020

Sarawak Report fitnah YDP Agong benci Muhyiddin kerana terasa ditipu


Sarawak Report sekali lagi membawa agenda mereka untuk memecahbelahkan negara Malaysia.

Baru-baru ini, Sarawak Report telah mengeluarkan artikel yang bertajuk “The King Has Not Been Pleased With Muhyiddin. He was Misled On The Race To 112”.

Artikel yang ditulis itu berbaur FITNAH dengan bermotifkan untuk memecahbelahkan hubungan antara YDP Agong dan Tan Sri Muhyiddin.

Artikel itu mendakwa YDP Agong rasa kecewa dengan Muhyiddin apabila terasa ditipu mengenai jumlah kerusi Ahli Parlimen yang memihak kepada Muhyiddin.

Kenyataan itu sangat berbeza dari perkara sebenar di mana Agong telah membuat bancian mengenai ‘berapa banyak Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin’ dengan telus dan amanah.

Bancian itu telah dibuat secara individu dan sulit supaya setiap keputusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen dilindungi kerahsiannya.

Hal ini untuk mengelakkan keputusan Ahli Parlimen tersebut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.

Artikel ini juga mendapat respon dari bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak seperti berikut;

Berikut merupakan artikel yang ditulis Sarawak Report tersebut.

MR :  SR ni dah terima duit banyak juta juga untuk projek hentam PN

Tiada ulasan: