BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini melontarkan persoalan sama ada sebuah lagi parti politik akan ditubuhkan di Malaysia.
Ahli Parlimen Pekan itu dalam hantaran di Facebooknya bertanya, sama ada benar atau tidak mengenai penubuhan sebuah parti bernama Anak-anak Daddy.
“Selamat pagi Malaysia. Dengar kata sebuah parti politik baru yang dinamakan parti Anak-Anak Daddy bakal ditubuh? “Sahih ke berita ni? Tanya je,” tanya Najib.
Hantaran tersebut dipercayai menyindir kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu menubuhkan sebuah parti baru Apa Aku Dapat atau AAD.
BACA Tun M cadang tubuh parti AAD kayakan orang Melayu belum dapat
Menurut Ahli Parlimen Langkawi tersebut, parti Apa Aku Dapat itu ditubuhkan dengan tujuan hanyalah untuk memperkaya orang Melayu yang belum mendapat apa-apa.
Dr. Mahathir berkata, cara untuk memperkayakan orang Melayu dalam parti Apa Aku Dapat tersebut ialah dengan melantik mereka sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuhkan.
Badan itu khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada orang Melayu yang belum mendapat apa-apa dan yang ingin mendapat lebih banyak lagi.
“Nama parti ini ialah Parti AAD atau Parti Apa Aku Dapat. Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.
“Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain-lain. Yuran: Tidak perlu.,” kata Dr. Mahathir dalam coretan ringkas di Facebooknya pagi ini.
Tulisan itu dipercayai menyindir beberapa pihak yang dahulunya menyokong Pakatan Harapan kini beralih kepada Perikatan Nasional.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan