Rabu, 17 Jun 2020

MKN keluarkan SOP di pawagam, masjid, pengangkutan awam, majlis rasmi

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan beberapa lagi prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor termasuk pawagam, masjid dan pengangkutan awam.

Antara SOP tersebut menetapkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas berumur di atas 60 tahun tidak dibenarkan memasuki pawagam.

Selain itu, garis panduan itu menyatakan bahawa premis berkenaan mesti memastikan perkara berikut:

  • Mereka yang memiliki suhu badannya melebihi 37.5 darjah celcius atau menunjukkan gejala tidak dibenarkan memasuki premis.
  • Pekerja dan pelanggan harus memuat turun aplikasi MySejahtera untuk tujuan mencari kenalan.
  •  Premis mesti dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dan selepas tayangan filem.
  • Pembersihan dan pembasmian kuman mesti dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
  • Susunan tempat duduk mesti mematuhi penjarakan sosial satu meter.

MKN juga mengeluarkan SOP untuk masjid dan surau yang merangkumi:

  • Masjid atau surau mesti mencatatkan bilangan jemaah.
  • Jawatankuasa masjid atau surau mesti mempunyai bilangan kakitangan yang mencukupi untuk membantu kawalan jemaah.
  • Pintu masjid dibuka sejam sebelum azan.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
  • Jemaah mesti membawa sejadah mereka sendiri.
  • Jemaah mesti mengelakkan aktiviti bersalaman sesama sendiri.

Bagi SOP untuk pengangkutan darat seperti bas, garis panduannya meliputi:

  • Pemandu dan penumpang mesti memakai pelitup muka sepanjang dalam perjalanan.
  • Pemandu bas atau pengendali berhak menghalang penumpang menaiki kenderaan sekiranya bergejala.
  • Kapasiti penuh 100 peratus berdasarkan tempat duduk. Tiada penandaan penjarakan sosial tetapi penumpang diminta mengurangkan interaksi.

Bagi majlis kerajaan dan swasta, jumlah peserta tidak boleh melebihi 250 orang mengikut kapasiti tempat penganjuran dan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter.

  • Memastikan tempat penganjuran mempunyai pengudaraan yang baik dan makanan adalah secara pack food serta makan dalam kedudukan penjarakan sosial.
  • Kaunter saringan hendaklah diwujudkan di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan dan saringan gejala seperti batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas.

Tiada ulasan: