2) Bertitik tolak daripada kemarahan Dr Mahathir ke atas sikap British yang menindas Malaysia dan sikap acuh tak acuh terhadap permohonan Malaysia dalam beberapa isu, ditambah lagi dengan penipuan British dalam pemberian tanah milik anak syarikat Guthrie, Dr Mahathir bersama-sama Dato Ismail Ali, TS Khalid Ibrahim dan beberapa nama lagi merancang serangan hendap ini.
3) Serangan
pengambil-alihan saham sepantas 4 jam dibuat menyebabkan seluruh dunia
terkejut, sebaik sahaja Bursa Saham London di buka, Syarikat Guthrie
jatuh ke tangan kerajaan Malaysia dengan kejayaan memiliki 50.41%
pegangan ke atas Guthrie. Selepas berjaya mengambil alih Guthrie, Dato
Ismail bertindak membeli milikan-milikan kecil di Bursa London dan
akhirnya kerajaan Malaysia berjaya memiliki 100% Guthrie.
4) Anda boleh tonton video Dawn Raid | Serangan Malaysia ke atas London (https://www.youtube.com/watch?v=Hu2C0IAbtgA) dan juga video Serangan Subuh Yang Menggemparkan Dunia (https://www.youtube.com/watch?v=Hd9cTm8FjoY). Ia memberi gambaran yang mudah difahami bagaimana kebersamaan para pemimpin Melayu melakukan sesuatu yang hampir mustahil. Pemimpin Melayu bergabung menewaskan bekas negara penjajah dan mengembalikan hak-hak orang Melayu yang disapu British.
5) Daripada plot pengambil-alihan Guthrie tersebut, kita dapat lihat bagaimana watak Dr Mahathir dan teamnya bekerja smart, licik dan nekad. Maka tidak keterlaluan, kita boleh kata Dr Mahathir adalah lagenda yang masih hidup, genius dan rare yang kita pernah ada - walaupun hari ini tindak-tanduknya mengundang kemarahan banyak pihak. Bukan hari ini sahaja, sejak zaman Tunku dahulu pun itu lah gaya kerja beliau - mengundang kemarahan orang.
6) Justeru, setiap move Dr Mahathir bukanlah tindakan tanpa sedar, bukan juga tindakan tanpa sebarang plan. Sesiapa yang anggap begitu, dia akan terciduk dengan langkah Dr Mahathir. Lihat bagaimana Pak Lah akur dengan tekanan Dr Mahathir kerana Pak Lah enggan berkonfrontasi dengan manusia yang tidak akan mengaku-kalah.
7) Tetapi apabila DS Najib memilih untuk berkonfrontasi dengan Tun Mahathir, lihatlah bagaimana Tun Mahathir menggembeling team untuk menjatuhkan DS Najib dari luar. Siapa sangka Tun akan join force dengan musuh-musuh politiknya untuk menumbangkan DS Najib.
8 ) Hari ini Tun Mahathir telah sangat tua. Tetapi liciknya masih berbisa. Entah bagaimana Kerajaan PH yang dinaikkannya, kini telah tumbang di tangannya sendiri. Semua masih menjadi misteri samada Tun Mahathir benar-benar merancang kejatuhannya, ataupun sebaliknya. Fakta-fakta yang ada menunjukkan beliau tidak mahu DS Anwar menjadi PM dan tidak mah DAP berkuasa, memang konsisten sejak beliau masuk politik lagi.
9) Kemudian menjadi lebih misteri, kenapa Tun Mahathir masih mahu bertempek dengan Pakatan Harapan dan mahu menjadi PM semula setelah beliau sendiri meletakkan jawatan. Jika operasi Down Raid London menjadi ukuran, Tun Mahathir mungkin ada plan yang pelik-pelik lagi kali ini.
10) TS Muhyiddin pastu faham siapa Tun Mahathir. Jadi beliau tidak menunjukkan penentangan terbuka walaupun Tun Mahathir menyerang kerajaan pimpinannya. Dan tidak hairan juga kenapa DAP dan AMANAH masih mahu menunggang Tun Mahathir, kerana mereka hanya ada keyakinan untuk menang jika Tun Mahathir masih bersama mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan