Khamis, 7 Mei 2020

UMNO akan pertahan kerajaan PN hingga PRU-15

PARTI UMNO akan terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional hingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan kerajaan yang berpaksikan Islam dan bumiputera mampu memulihkan segala kerosakan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan.

Tindakan mempertahankan kerajaan PN juga diambil bagi memastikan nasib rakyat berbilang kaum mampu dibela terutamanya pasca Covid-19 yang mula merubah lanskap kehidupan ekonomi dan sosial masyarakat.

“UMNO tetap teguh berpendirian mempertahankan Kerajaan PN yang terbentuk hasil kerjasama UMNO dan komponen Barisan Nasional, rakan Muafakat Nasional UMNO iaitu PAS, dan Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS).

“Komitmen UMNO ketika menyokong pencalonan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu adalah bagi menyelamatkan negara daripada terus terbelenggu dengan krisis politik yang tercetus lantaran kemelut berterusan perebutan jawatan Perdana Menteri di kalangan kepimpinan tertinggi parti-parti PH,” kata Asyraf Wajdi.

Tiada ulasan: