Pegawai Kesihatan Jabatan
Kesihatan Malaysia (JKM) Tawau, Dr Suzalinna Sulaiman berkata pihaknya
telah menahan pelajar berkenaan dan akan didakwa kerana melanggar
Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)(3)2020
kerana merisikokan keselamatan awam.
“Jadi memang kita akan buka kes siasatan dan akan lanjutkan untuk pendakwaan untuk proses seterusnya,” jelasnya.
Kesemua pelajar itu diarah menjalani kuarantin di rumah masing-masing sejurus tiba dari Kuala Lumpur.
“Salah satu daripada kerja penguatkuasaan ini, kita memang buat kita pemantauan ini.
“Jadi kita akan pergi ke tempat tempat tu dalam keadaan seperti membuat risikan, kalau tidak, dia yang tidak boleh keluar daripada kawasan rumah akan keluar,” katanya.
Dalam pada itu, Suzalinna juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dalam menyalurkan makluman kepada pihaknya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan kuarantin di rumah.
Sehubungan itu, pihaknya akan melaksanakan kuarantin di Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Balung Tawau kepada penumpang seterusnya yang akan tiba memandangkan masih ramai yang tidak mematuhi peraturan arahan kuarantin di rumah.
Untuk rekod, seramai 72 pelajar
universiti telah dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua
penerbangan berasingan pada 1 dan 4 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan