Adun Bertam Bertam Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini pagi ini.
Ditanya alasan mengubah pendirian, Khalid mengatakan dia harus mengikuti "arahan parti" dan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
"Saya akan dianggap sebagai anggota pembangkang selepas ini [...]
"Pendirian saya adalah saya bersama parti dan saya bersama presiden (Muhyiddin)," katanya ketika dihubungi.
Zolkifli memberitahu Malaysiakini bahawa dia juga tidak diundang menghadiri majlis kerajaan negeri sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula.
"Parti saya telah benar-benar menjadi pembangkang di Pulau Pinang," katanya.
Semasa krisis politik susulan "Langkah Sheraton" pada Februari lalu, kedua-dua Adun itu telah bertemu dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dua kali untuk menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan.
Khalid baru-baru ini dilantik sebagai ketua Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), sebuah agensi di bawah kerajaan pusat.
Sementara Zolkifli telah dilantik sebagai lembaga penasihat Mara Corp Sdn Bhd, iaitu bahagian pelaburan Mara.
Pertukaran sokongan mereka tidak mempengaruhi keseimbangan kuasa di Pulau Pinang, dengan Pakatan Harapan masih menguasai 35 daripada 40 kerusi DUN.
Sementara itu, Chow enggan mengulas ketika ditanya berhubung status kedua-dua Adun Bersatu itu.
Difahamkan,
kedua-dua Adun Bersatu itu belum memberitahu spekaer DUN Pulau Pinang,
Law Choo Kiang mengenai peralihan sokongan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan