Khamis, 14 Mei 2020

Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat di Perak mulai esok

Pengawal Keselamatan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Mimi Sapura Musa (kanan) mengimbas bacaan suhu badan salah seorang jemaah Zainuddin Lela sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid pada simulasi solat Jumaat yang diadakan secara tertutup, hari ini.Proses simulasi yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Pahang membabitkan 50 orang jemaah jemputan itu bertujuan untuk memperkenalkan serta persiapan mempraktikkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan agar dapat dipatuhi para jemaah sekiranya pelaksanaan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan pihak berkuasa agama negeri.
Antara SOP yang mesti dipatuhi ialah jemaah dikehendaki mendaftar, membawa sendiri sejadah serta berwuduk dari rumah atau luar kawasan masjid.
Pihak pengurusan akan memastikan setiap jemaah memakai penutup mulut dan hidung, disaring suhu badan, membasuh tangan dengan cecair pembasmi kuman di pintu masuk serta penjarakan sosial dalam saf solat. - Foto BERNAMA

IPOH: Sultan Nazrin beri perkenan solat Jumaat di masjid dan surau diadakan di Perak mulai esok, menurut kenyataan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)

Menurut kenyataan itu lagi, solat sunat Aidilfitri boleh diadakan di masjid dan surau pada pagi Aidilfitri.

Katanya, bilangan jemaah solat Jumaat dan solat Aidilfitri di masjid, surau tidak lebih 12 orang.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) turut membenarkan hanya 12 orang menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau yang diberi kebenaran melaksanakannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata 12 orang terbabit ialah imam satu, imam dua, bilal, noja dengan lapan ahli jawatankuasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka tetap perlu mematuhi garis panduan disediakan JAINJ dan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Begitu juga dengan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri yang hanya boleh dilaksanakan 12 jemaah sama seperti solat Jumaat. - BERNAMA

Tiada ulasan: