Ini ekoran perubahan prosedur moratorium pinjaman sewa beli dan pembiayaan berasaskan Islam berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara semalam.
Naib Presiden PKP, Chang Lih Kang, menyifatkan itu sebagai ‘pusingan-U’ dan didakwanya penganiayaan kerajaan PN terhadap rakyat.
“Keputusan ini hanya akan membebankan para peminjam dan menguntungkan industri perbankan.
“Menteri Kewangan, yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai
Eksekutif CIMB perlu jelaskan kepada rakyat jelata, dalam proses
mencapai keputusan ini.
“Beliau memainkan peranan wakil rakyat atau wakil industri
perbankan? Adakah keputusan ini dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat
atau industri perbankan?” soalnya melalui kenyataan yang dikeluarkan
hari ini.
ABM dalam kenyataannya berkenaan berkata, peminjam yang mengambil moratorium diberi dua pilihan, sama ada membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan (April hingga September) bersama dengan ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan; atau melanjutkan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang kontrak bersama faedah akan dikenakan.
Lih Kang berkata, Menteri Kewangan perlu memberikan penjelasan sewajarnya atau harus letak jawatan jika gagal mempertahankan kepentingan rakyat.
Kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam berkenaan dengan kadar faedah akan dikenakan bagi pinjaman sewa beli kenderaan bercanggah dengan keputusan yang telah diumumkan sebelum ini.
Kerajaan pada Mac lalu telah bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik bagi pembayaran balik pinjaman termasuk pinjaman sewa beli kenderaan selama 6 bulan bermula pada April hingga September tahun ini.
Selain itu, moratorium ini juga tidak lagi diberikan secara automatik kepada semua peminjam seperti yang sedang dilaksanakan sekarang. Bermula hari ini, peminjam perlu membuat permohonan daripada institusi kewangan untuk mendapatkan penangguhan pembayaran pinjaman bagi pinjaman sewa beli,
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, keputusan ini lebih memihak kepada kepentingan industri perbankan telah mengecewakan rakyat.
Menurut beliau mengubah polisi demi menjaga kepentingan sektor kewangan di saat rakyat dan sektor-sektor lain sedang bergelut dengan bebanan kewangan adalah sesuatu yang mengecewakan rakyat.
Sehubungan itu katanya, keluhan dan kegelisahan rakyat berkaitan moratorium pinjaman sewa beli perlu diselesaikan segera. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan