Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kawasan itu mencatatkan peningkatan 13 kes berbanding 39 yang diumumkan semalam menjadikan kawasan itu diletakkan dalam zon kuning.
Daripada perkembangan terbaru hari ini, 11 kawasan ditanda zon merah.
Menerusi maklumat jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah, 11 kawasan yang menjadi zon Merah ialah Hulu Langat dengan 47 kes, Gombak (94), Batu (71), Ibu Kota (156), Kampung Baru (67), Sri Petaling (48), Seremban (45), Kluang (64), Kuching (115) dan Kota Samarahan (46).
Pulau pinang juga diumumkan negeri terbaru bebas kes aktif menjadikan jumlahnya 5 termasuk Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan yang diumumkan sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan