Rabu, 6 Mei 2020

Pemulangan wang 1MDB menunjukkan dakwaan PH bohong dan duit takkan hilang!


BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemulang wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan dakwaan Pakatan Harapan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional adalah salah.

Menurut Najib, perkembangan tersebut juga menyangkal tuduhan PH sebelum ini bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak akan meneruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang.

“Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan PH sebelum ini bahawa DoJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang,” kata Najib.


Najib mengulas laporan bahawa DoJ memulangan AS$300 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

DoJ dalam kenyataannya, berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan wang 1MDB yang dipulangkan adalah sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).

“Namun US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

“Namun kerajaan PH dahulu telah membatalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN. Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas,” kata Najib.

Najib berkata, kerajaan sepatututnya meneruskan perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) jika mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekaligus.

Menurutnya, kerajaan tidak seharusnya menggunakan cara PH mengambil semula wang 1MDB secara sedikit demi sedikit.

“Niat kerajaan PH berlainan. Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa. Itu bercanggah dengan propaganda PH.

“Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.

“Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DoJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian,” kata Najib.-SM

Tiada ulasan: