Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
ALOR
SETAR: PAS bertegas bahawa tindakan mereka mengemukakan nama calon
Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dari
parti itu adalah berdasarkan jumlah kerusi dimenanginya pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS berhak mengemukakan calon Speaker dan Timbalan Speaker, begitu juga dengan Barisan Nasional (BN) turut mempunyai hak berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengundi siapa yang layak menjadi Speaker dan Timbalan Speaker.
"Soal kemuka calon dari pembangkang bukan isu baru kerana pada 2013, pembangkang ketika itu dari Pakatan Rakyat (PR) juga pernah berbuat demikian apabila kita mencadangkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau kalah dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Jadi, sekarang tidak salah PAS mengemukakan calon kerana kita memiliki kerusi yang banyak dan rasional untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Takiyuddin berkata, nama yang dicalonkan parti itu adalah Ahmad Fakhruddin untuk Speaker, manakala ADUN Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salim sebagai Timbalan Speaker Kedah.
"PAS juga masih berpendirian cara terbaik menyelesaikan isu ini adalah dengan menawarkan Kerajaan Perpaduan antara semua parti di mana ini pilihan terbaik bagi mengelak Pilihan Raya Negeri (PRN).
"PRN adalah pilihan terakhir jika isu ini menemui jalan buntu dan jika ia berlaku (PRN) kita kena terimalah," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan Muhammad Sanusi dilantik sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Muhammad Sanusi ketika diminta mengulas perlantikannya itu, berkata, pihaknya sebelum ini sudah bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 10 Jun lalu membincangkan soal pelantikan Speaker.
"Kita beritahu pendirian kita dan meminta beliau menerima cadangan meletakkan Speaker dan Timbalan Speaker daripada PAS demi membina politik baharu.
"PAS tetap akan membantu, menyokong perkara kebaikan dibuat kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat malah jika mereka (kerajaan negeri) berhasrat melaksanakan kebaikan tidak patut takut melantik Speaker daripada PAS," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan