Rabu, 6 Mei 2020

Mengapa kerajaan lantik ultra kiasu sebagai timbalan menteri?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

 

Wajarkah ultra kiasu dilantik atas undi Melayu perjuang kaum sendiri?

TERAMAT sedih membaca berita ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini apabila kerajaan melantik ultra kiasu yang kalah dalam pilihan raya sebagai timbalan menteri perpaduan negara.

Sudah tiada orang lain ke? Sakit hati sungguh dengan keputusan Perikatan Nasional (PN) ini.

Sekiranya saya mempunyai pilihan yang lebih baik selain Pakatan Harapan (PH), pasti saya tidak akan mengundi PN.

Saya akan mengundi parti lain yang sememangnya bukan ultra kiasu, Malangnya, saya masih belum jumpa lagi.

Daripada melantik ultra kiasu yang sahih telah kalah dalam pilihan raya lalu, lebih baik lantik bukan Melayu yang professional.

Dalam kalangan penjawat awam ramai, pensyarah pun ramai, penjawat swasta pun ramai. Ini tidak, muka wakil rakyat kalah ultra kiasu juga yang dilantik.

Saya bukan rasis, saya sayangkan kaum Cina, India dan lain-lain kerana mereka juga adalah makhluk dan ciptaan Allah. Namun, saya mahukan yang kurang kiasu, bukannya ultra kiasu seperti DAP, MCA dan Gerakan.

Paling tidak pun, biarkan sahaja jawatan timbalan menteri itu kosong. Bukankah sudah ada menterinya? Yang lain, boleh dilangsaikan oleh penjawat awam yang sedia membantu.

Kenapa ultra kiasu yang tidak layak ini pula dilantik jawatan timbalan menteri perpaduan negara?

Pertama, dia bukan wakil rakyat. Wakil rakyat kalah. Percayalah, bertanding lagi, pasti akan kalah, kecuali dia lari ke kawasan majoriti Melayu.

Kedua, ultra kiasu sudah terkenal dengan kelantangan mengkritik hak-hak istimewa orang Melayu, bumiputera dan Islam.

Ultra kiasu ini juga tegar memperjuangkan hak asasi mungkar, seperti arak, judi, pergaulan bebas dan perkara berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Islam yang tak ada kena mengena dengannya.

Pendek kata, tidak menjaga sensitiviti orang Melayu Islam. Bagaimana kementeriannya boleh menyatupadukan rakyat jika berperangai ultra kiasu?

Ketiga, kuota MCA sudah melebihi 500 peratus. Mereka sudah ada dua  wakil rakyat  di Parlimen,  semua diberikan jawatan, menteri dan timbalan.

Itupun menang di kawasan majoriti Melayu. Lagi pelik, rupanya ramai lagi dilantik sebagai jawatan timbalan menteri, lantikan senator.

Ini tidak termasuk lantikan mengetuai GLC. Sudah terlebih kuota berganda-ganda.

Apa pula pulangannya kepada kerajaan? Seperti memikul biawak hidup, melepaskan anjing tersepit. Selepas ini dia gigit balik tuannya.

Kerajaan sudah terlebih adil kepada MCA. Tidak salah pun jika tidak melantik mereka. Orang Cina yang membuat keputusan tidak memilih MCA. Jadi MCA tidak layak untuk pegang semua jawatan itu.

Pada saya, wakil rakyat Melayu atau bumiputera Sabah dan Sarawak, jauh lebih layak sebab mereka wakil rakyat yang dipilih rakyat.

Saya pernah katakan dahulu, jika orang Cina (bukan Melayu) terus mengundi ultra kiasu, Kabinet ini suatu hari pasti menjadi hampir 100 peratus Melayu dan bumiputera. Belum pun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerajaan PH telah tumbang.

Sudah tentu jika ikut kuota, hanya satu sahaja jawatan menteri dan timbalan untuk MCA dan MIC. Itupun sudah terlebih sebab wakil rakyat mereka amat sedikit.

Selebihnya yang sepatutnya dilantik senator untuk menjadi menteri dan timbalan, adalah dalam profesional bukan Melayu.

Ini lebih baik dan membawa kebaikan kepada Malaysia. Kita boleh pilih profesional mengikut bidang kementerian yang diterajui.

Keadaan akan menjadi lebih baik kerana lantikan dari kalangan profesional dalam bidang sebenarnya. Bukannya macam orang politik, asyik berpolitik.

Sikit-sikit nak jaga cawangan dan bahagian, mesyuarat cawangan dan bahagian sana sini, takut tidak terlantik, tidak dapat bertanding dalam PRU akan datang.

Akhirnya, kementerian yang diterajui tidak dijaga dengan betul ,Saya ingin ingatkan PN, pemberian jawatan kepada ultra kiasu tidak akan mengalihkan undi Cina kepada PN. Majoriti Cina tetap akan mengundi ultra kiasu roket. Percayalah.

Ultra kiasu MCA ini akan terus menuntut kerusi di kawasan majoriti Melayu untuk menang dalam PRU 15, kerana mereka tahu, mereka akan kalah terduduk di kawasan majoriti Cina.

MIC, tidak ada pilihanlah, kerana tidak ada satu pun kawasan India mempunyai majoriti. Tidak menjadi masalah memberi laluan kepada calonnya jika ada India lebih daripada 30 peratus.

Wajarkah ultra kiasu yang menang atas undi Melayu, dilantik menjadi menteri dan timbalan, selepas itu begitu lantang memperjuangkan kaum sendiri, sekolah sendiri, UEC sendiri, dan lain-lain. Orang Melayu yang mengundi mereka bagaimana?

Bolehkah rakyat disatukan dengan sifat ultra kiasu ini?


 

Tiada ulasan: