Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat pihaknya sudah mengesan dan menjalankan ujian saringan terhadap 768 individu.
“Yang pasti ialah kawalan terhadap kilang itu dan kontak rapat. Usaha yang dijalankan kita dapat mengesan kes positif berjumlah 131.
“Langkah pencegahan nyah cemar dan nyah kuman masih dijalankan di kilang itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya, di sini, hari ini.
Terdahulu, Noor Hisham menerusi kenyataaan hari ini memaklumkan sebanyak 28 kes positif Covid-19 baharu direkodkan dalam kluster Pedas di Negeri Sembilan menjadikan jumlah kes positif dalam kluster tersebut adalah 88 kes.
Katanya, kes positif itu melibatkan 81 kes bukan warganegara dimana daripada jumlah itu, 33 kes adalah warga Nepal, 26 kes warga Bangladesh, 11 kes warga Indonesia dan 11 kes warga Myanmar.
Bagaimanapun, KKM masih lagi mengenalpasti punca jangkitan bagi kluster itu.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Noor Hisham berkata, pihaknya akan menilai tahap keberkesanan PKPB dari semasa ke semasa.
Katanya, langkah itu akan memberi ruang kepada kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19 hingga ke tahap lebih terkawal, sambil mengimbangi pembukaan sektor ekonomi secara berhati-hati. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan