Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes kematian ke-108 itu direkodkan di Hospital Melaka.
belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.
“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-1276 yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, 54 kes positif Covid-19 turut direkodkan hari ini.
“(Sebanyak) 45 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,589 kes.
“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,552 kes.
“Daripada 54 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan,” katanya lagi.
Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes, yang mana sebanyak tiga kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Direkodkan juga, jumlah pesakit positif Covid-19 yang sembuh dan sudah dibenarkan pulang hari ini adalah 65 kes menjadikan jumlah keseluruhan adalah 4,929 kes. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan