MINDA RAKYAT
Sidang Dewan Rakyat akan datang, kata Anwar Ibrahim, memang tidak
wajar sama sekali dilangsungkan hanya sehari ketika pelbagai sektor
ekonomi diberikan kelonggaran beroperasi.
Katanya, jika isu ancaman Covid-19 menjadi kebimbangan sidang tersebut boleh dilakukan secara maya.
"Boleh buat, soalnya nak buat atau tidak.
"Seperti
saya sebut (sebelum ini), main golf boleh, kedai judi boleh buka,
banyak lagi kemudahan, macam-macam. Tapi Parlimen tak boleh bersidang,"
kata presiden PKR itu dalam siaran langsung yang dipancarkan melalui
Facebook, hari ini.
Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 18 Mei
ini. Ia adalah sidang pertama selepas Muhyiddin Yassin membawa Bersatu
keluar dari Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan Umno, PAS dan BN.
Beliau kemudian dilantik menjadi perdana menteri.
Mereka
kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional - sebuah gabungan yang
dinyatakan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, sebagai entiti tidak
berdaftar.
Pengkritik mendakwa sidang itu dihadkan selama sehari
saja kerana Muhyiddin bimbang ada usul tidak percaya dikemukakan
terhadapnya.
Terdahulu Anwar ditanya mengenai kesesuaian sidang
parlimen diadakan secara dalam talian seperti dilakukan Maldives - satu
daripada negara terkecil di dunia - pada 15 April lalu.
Menurut
Anwar di sebalik pelbagai cara boleh dilakukan untuk sidang itu berjalan
kerajaan tetap mengekalkan keputusan mereka iaitu selama satu hari
saja.
"Ada sidang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudian
tangguh, baca rang undang-undang kali pertama dan tutup. Soal jawab tak
ada, perbahasan (tak ada).
"Ini parlimen apa ini? Parlimen
burung? Maknanya... tak ada soal jawab. Alasan Covid-19. Sebab itu kita
bantah, kena ada sidang seperti biasa, penjarakan sosial mesti
dihormati, beberapa langkah kesihatan mesti diwaspadai tetapi sidang
mesti berjalan," tegasnya.
MR : Sabar, takkan giler naj jadi PM mmebuatkan hilang pertimbangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan