Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof berkata, tindakan Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad masih ‘berkuasa’ dalam parti tidak boleh diterima.
Ini kerana sekiranya mahu dilantik semula menjadi pengerusi, cadangan itu perlu diluluskan oleh mesyuarat agung Bersatu mengikut peraturan parti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pagi ini.
Menurut Mohd. Redzuan, buat masa ini, Muhyiddin sebagai presiden dan beliau paling layak memangku jawatan pengerusi parti.
“Apa yang setiausaha agung (Mardzuki) buat hari ini melanggar peraturan dan saya nasihat supaya dia berhenti buat kenyataan mengelirukan ahli dan rakyat,” ujarnya lagi.
Beliau juga mencadangkan supaya Mardzuki dipecat dari parti dan pucuk pimpinan perlu melantik penggantinya segera supaya ia dapat meredakan keadaan.
Mohd. Redzuan juga yakin majoriti ahli parti masih bersama Muhyiddin.
Apa yang penting, pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri akan mematikan segala krisis politik yang melanda negara baru-baru ini dan waktu yang tepat bagi merapatkan saf kepimpinan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Dr Mahathir ada kuasa mutlak dalam Bersatu – Marzuki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan