KUALA LUMPUR – Kenyataan tidak puas hati beberapa
pemimpin pembangkang yang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion dibidas Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, perkara itu perlu dilakukan di saat genting ketika negara sedang dilanda musibah.
“Parah Lid..dah kursus 22 bulan, basic pun Lid belum
faham…bila rumah terbakar,adakah pasukan bomba patut bermesyuarat dulu
atas nama demokrasi Lid??” soalnya di Twitter.
Ahli Parlimen Ketereh itu mengulas mengenai ciapan bekas
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang berkata segala peruntukan
itu perlu dibawa ke pengetahuan Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Khalid semalam berkata, langkah itu perlu dibawa ke
pengetahuan ahli-ahli Parlimen dan dibahaskan bagi memastikan peruntukan
itu digunakan dengan jalan yang baik.
“Demokrasi menuntut supaya pakej kewangan dibahas di Parlimen untuk menentukan keputusan terbaik dicapai.
“Pakej ransangan yang dibentang bernilai berbilion maka
perlu dibahas untuk menjamin hasil terbaik bagi negara. Begitu juga soal
perlaksanaannya. Mesti telus bukan cara BN,” kata beliau.
Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Datuk
Seri Anwar, Lim Kit Siang dan Ngar Ko Ming mahu pakej rangsangan ekonomi
terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19 dibawa ke
pengetahuan 222 Ahli Parlimen dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan