Menurut Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Parti Putra Malaysia, Nuur Muzdalifah Abd. Aziz, golongan itu ialah pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam tahun ini.
“Agak menyedihkan apabila bantuan kepada pelajar yang bakal menduduki pemeriksaan awam seperti PT3, SPM, STPM dan STAM tahun ini tidak terkandung dalam peruntukan Pakej Prihatin.
“Padahal mereka juga layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk membayar kos internet,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Beliau yang juga Naib Ketua Wirawati menyedari golongan itu terpinggir selepas membuat semakan keseluruhan kandungan Pakej Prihatin berkenaan dan menyifatkan sebagai tidak wajar disisihkan dari menerima bantuan.
Kata Nuur Muzdalifah, pelajar berkenaan tidak dapat meneruskan pembelajaran di sekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Berikutan serangan virus itu, semua sekolah ditutup selama empat minggu dan menjejaskan pembelajaran pelajar terutama yang akan menduduki peperiksaan awam bermula pertengahan tahun ini.
“Sekurang-kurangnya dengan adanya bantuan itu, mereka boleh meneruskan pembelajaran di rumah melalui Digital Online Learning dengan bantuan guru melalui internet.
“Kita harap Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mempertimbangkan semula dalam Pakej Prihatin itu dengan turut memasukkan golongan pelajar ini sebagai penerima bantaun kewangan,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan