Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i
Mohd Said berkata video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang
mempunyai impak tontonan tinggi.
Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang
lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh
pemilik selebriti pertama.
Dr Nora’i berkata isu berkenaan telah diperbesar-besarkan dengan
perkataan-perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan
tugas.
“Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut,” katanya.
Beliau berkata orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.

“Para petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing demi tugas yang bahaya ini.
“Penularan ini telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini,” katanya.
Dr Nora’i berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota paramedik.— BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan