Dr Noor Hisham akui bekalan di Pusat Darah Negara berkurangan
PUTRAJAYA
– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti cadangan untuk
melaksanakan khidmat mengambil darah dari rumah penderma bagi menampung
keperluan darah di hospital.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya
perkara itu dilaksanakan, orang ramai yang ingin menderma boleh
menghubungi talian bebas tol yang akan diwujudkan dan petugas KKM akan
ke rumah mereka bagi proses mengambil darah.
“Memandangkan
sekarang ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan, jadi ini dapat
mengehadkan orang untuk keluar. Kita mungkin akan laksanakan ini untuk
mengambil darah dari rumah ke rumah.
“Ini
kaedah panggilan untuk menderma darah. Kami cuba melakukannya supaya
mereka yang ingin menderma (darah), menghubungi kami dan pasukan kami
akan datang ke rumah anda untuk mengambil darah,” katanya pada sidang
media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham mengakui bekalan darah di Pusat Darah Negara ketika ini sememangnya berkurangan.
Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan mulai 18 Mac sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan