Selasa, 24 Mac 2020
Kerajaan Negeri Selangor Bermain Politik Sempit – Rizam
Demikian bidas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rizam Ismail mengenai tindakan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang memutuskan bantuan RM30,000 sedia ada disalurkan secara terus ke dalam akaun Pusat Khidmat Masyarakat semua ADU N kecuali 9 ADUN Pembangkang.
“Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak adil menteri besar memandangkan sebelum ini di dalam ucapan pakej ransangan ekonomi Selangor telah menyatakan sejumlah RM30,000 akan diberi kepada seluruh 56 kawasan DUN melaksanakan aktiviti pengedaran topeng muka, makanan dan minuman untuk manfaat penduduk setempat,” ujar ADUN Sungai Tawar itu dalam satu kenyataan.
Seterusnya, Rizam yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri yakin dan percaya bahawa adalah menjadi hasrat rakyat negeri Selangor untuk menerima bantuan daripada kerajaan negeri melalui setiap adun kawasan yang lebih sinonim dan lebih dekat di hati rakyat setempat.
“Jangan politikkan bantuan ketika negara sedang berusaha untuk membendung wabak pandemik COVID-19,” tegasnya.
Untuk rekod, lapan lagi DUN yang terbabit adalah kawasan Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Semenyih, Sijangkang dan Selat Klang. – UMNO ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan