KUALA
LUMPUR – Lagi pemimpin UMNO menggesa kerajaan mempercepatkan
bantuan-bantuan di dalam Pakej PRIHATIN sebagaimana yang telah
dibentangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu.
Merujuk kepada status bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di
Facebook yang berharap kerajaan menyegerakan bantuan tersebut,
permudahkan dan mempercepatkan proses rayuan serta tidak kedekut seperti
kerajaan Pakatan Harapan (PH), Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin selain bersetuju, turut percaya ramai berpandangan sama
dalam hal tersebut.
“Soal
rakyat bawahan terjejas teruk bukan satu rekaan, kita tak mahu
kesempitan mereka ini menimbulkan keadaan kacau-bilau sosial (social
unrest),” ujarnya dalam satu hantaran di platform media sosial yang
sama.
Ulas Khaled lagi dengan memberi contoh di Pasir Gudang, permohonan
untuk dapatkan bantuan daripada Yayasan Pasir Gudang berjumlah 8,000
keluarga.
Jelasnya ini adalah kerana penutupan kilang-kilang akibat
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dan mereka hilang punca
pendapatan.
Untuk rekod, pakej bernilai RM250 bilion itu akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Daripada jumlah keseluruhan, hampir RM128 bilion disalurkan untuk
melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan
termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk
memperkukuh ekonomi negara.
Antara bantuan wang tunai adalah seperti wang Bantuan Prihatin
Nasional (BPN) untuk golongan B40, M40 dan pelajar di institut pengajian
tinggi yang dijadualkan akan disalurkan kepada penerima April dan Mei
nanti. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan