Pelakon Ant Man,
Evangeline Lilly memohon maaf secara terbuka selepas mencetuskan
kontroversi kerana enggan mengambil langkah mengasingkan diri atau
kuarantin ketika penularan wabak Covid-19.
Evangeline sebelum ini
mencetus kontroversi kerana mengumumkan dia dan dua anaknya yang masih
kecil tetap akan meneruskan rutin harian seperti biasa walaupun
dikenakan perintah berkurung.
"Saya ingin memohon maaf dengan
ikhlas kerana sikap tidak peka ditunjukkan terhadap penderitaan dan
kebimbangan yang mencengkam dunia disebabkan Covid-19.
"Dunia
sedang bergelut untuk mencari penawar bagi menghentikan ancaman ni, dan
sikap membisu saya ibarat mesej acuh tak acuh dan bongkak," katanya di
Instagram beberapa jam lalu.
Bintang drama bersiri Lost itu malah mendakwa dia sebenarnya kuarantin diri sejak 18 Mac lalu.
Pada
16 Mac lalu, Evangeline, 40, mengundang perhatian umum apabila dia
memperkecilkan wabak pandemik Covid-19 sebagai demam selesema atau
mungkin langkah politik.
Bagaimanapun, Evangeline mendakwa dia dan keluarganya sudah mempraktikkan penjarakan sosial sejak 18 Mac lalu.
"Dua hari kemudian (selepas memuat naik kenyataan kontroversi), pandangan saya berubah.
"Walaupun
terdapat keraguan terhadap kesan sosio ekonomi dan politik daripada
tindakan ni, tolong ambil maklum bahawa saya jalankan juga tanggungjawab
untuk memutuskan rantai wabak, amalkan penjarakan sosial dengan duduk
di rumah bersama keluarga," katanya.
Pelakon Marvel itu juga
menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk melukakan perasaan sesiapa
yang terjejas akibat wabak tersebut melalui hantarannya yang
kontroversi.
"Apabila saya menulis kenyataan itu 10 hari lalu, saya ingat dapat menenangkan diri ketika berdepan situasi panik.
"Namun,
akhirnya sekarang sedar saya cuma menambah ketakutan diri sendiri dalam
situasi yang sememangnya sudah traumatik," katanya.
Sepertimana
orang lain yang bergelut dengan kesan Covid-19, Evangeline berkata, dia
juga berasa bimbang terhadap komuniti yang bergantung hidup pada
perniagaan atau pendapatan kecil.
"Saya berasa sedih kerana kita
kehilangan nyawa yang berterusan, dan petugas perubatan perlu mengambil
risiko untuk merawat mereka yang dijangkiti.
"Saya juga cuba ikut saranan bagaimana untuk membantu pada waktu-waktu ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan