Ahad, 29 Mac 2020

Siasat sumber kewangan Patriot, batalkan penubuhan – MCCF

Kasthuri Jeevendran
WhatsApp-Image-2017-12-21-at-3
Halim Ishak

KUALA LUMPUR – Kenyataan serta tindak tanduk yang ditonjolkan oleh Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) sejak akhir-akhir ini sebenarnya sesuatu yang tidak patut di pandang ringan.

Malah tindakan terbaru mereka mempersoalkan bagaimana kerajaan memperoleh sumber dana ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion sebenarnya amat mengecewakan.

Menurut Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak, sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada kebajikan golongan Angkatan Tentera Malaysia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan menjadi pembangkang.

“Ini tidak, mereka seperti ahli politik pembangkang, menyoal segala macam dan lupa terus dengan agenda asal penubuhan Patriot itu sendiri.

“Sebenarnya apa motif bertanya tentang sumber dana kerajaan sedangkan soal kebajikan barisan hadapan langsung tidak menjadi fokus Patriot yang selama ini canang kononnya perjuang.

“Kenyataan Patriot mempertikaikan perlantikan kerajaan baru dan Perdana Menteri ke-8 amatlah menjijikan sekaligus menghina pelantikan serta perkenan Yang Dipertuan Agong sebelum.

“Ini sendiri telah membangkitkan rasa marah netizen yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara. Sekarang ini pula, sebenarnya siapa kamu ini? Apa agenda serta niat kamu?

“Saya gesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dari mana sumber kewangan Patriot dan mengambil tindakan tegas serta membatalkan sahaja penubuhan yang telah memalukan semua bekas perajurit dan pasukan keselamatan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kelmarin, Patriot melalui presidennya, Briged Jeneral Datuk Mohamed Arshad Raji mempersoalkan dana Pakej Rangsangan Ekonomi berikutan wabak Covid-19 manakala orang ramai memuji termasuk ahli poliitk dan pakar ekonomi dengan pengumuman Prihatin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penjawat awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanakan arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed
Arshad Raji.
Namun kata Mohamed Arshad, mengapakah tidak ada sesiapa yang tampil menyoal persoalan paling penting iaitu daripada mana sumber dana itu datang.

Kata Halim lagi, sebenarnya Patriot perlu lebih agresif dalam membantu anggota ATM yang sedang berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19 yang juga sudah meragut 27 nyawa setakat artikel ini di tulis.

Jelasnya, ramai anggota ATM ketika ini sedang membantu PDR berkawal 24 jam bagi memastikan negara ini dapat membendung wabak ini dari terus menular lagi dengan merisikokan diri.

“Malulah sikit, henti main politik. Ini bukan masanya. Buat dulu apa yang penting, apa yang jadi prinsip serta perjuangan kamu. Sekarang ini negara juga sedang berdepan dengan satu krisis wabak penyakit yang sedang membunuh rakyat kita.

“Sepatutnya kita berganding bahu dan fokus kepada ini dahulu, nyawa lagi penting dari publisiti serta politik murahan seperti ini, sedarlah,” tegasnya. – MalaysiaGazatte

Tiada ulasan: