Ahad, 5 Januari 2020

PATUH KEPADA ARAHAN, MAKSUDNYA DIPECATLAH TU MAZLEE OOIIIII…..





Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik menafikan beliau dipecat atau diminta (diarahkan) meletakkan jawatan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata Dr. Mazlee, beliau cuma patuh kepada arahan Tun Mahathir.

“Tak ada orang dipecat. Tak ada orang letak jawatan.

“Yang ada hanyalah perkara administrative, iaitu kuasa Perdana Menteri, berdasarkan kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau untuk melihat kelangsungan kerajaan yang kita cintai ini.

“Maka Tun Mahathir buat keputusan dan saya sebagai Ahli Parlimen kerajaan dan ahli parti menurut tanpa berbelah bagi perintah yang diberikan oleh beliau,” tambahnya.

Dr. Mazlee menjelaskan perkara demikian sebagai menjawab pelbagai andaian mengenai perletakan jawatannya, 2 Januari lalu.

Sebenarnya, apa pun ayat atau bahasanya – diminta letak jawatan, diarah letak jawatan, patuh kepada arahan atau sebarang ayat yang mirip dengannya – semuanya memberi maksud yang mudah iaitu dipecat.

Disebabkan mahu dipecatlah maka Dr. Mazlee dinasihat, diminta atau dinasihat meletakkan jawatannya.

Disebabkan rela dipecat jugalah yang menyebabkan Dr. Mazlee patuh kepada arahan Tun Mahathir yang mahu memecatnya.

Ia cuma bahasa yang manis untuk menjaga air muka Dr. Mazlee bagi menutup kegagalannya sebagai anggota kabinet.

Hanya kerana Dr. Mazlee setuju meletak jawatan serta patuh kepada arahan Perdana Menteri, itulah yang menyebabkan pemecatan tidak berlaku.

Tetapi, cuba Dr. Mazlee enggan meletakkan dan berkeras ingin terus kekal sebagai menteri, sudah pastilah beliau akan dipecat akhirnya.

Dalam hal ini, Dr. Mazlee tidak perlu berdalih atau masih mahu melindungi Tun Mahathir kerana semua orang faham beliau sebenarnya memang dipecat atau tidak dikehendaki lagi berada dalam kabinet oleh Perdana Menteri.

Malah, dalam kenyataan ketika mengumumkan perletakan jawatannya Khamis lalu pun Dr. Mazlee membayangkan beliau telah dipecat.

Dalam kenyataannya itu Dr. Mazlee antara lain menyebut – Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya Mazlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa 3 Januari 2020.

Kalau tidak dipecat, mengapa Dr. Mazlee berat hati, tetapi reda untuk berhenti?



Sebab apa Dr. Mazlee dipecat?

Sudah tentu, jika tidak gagal dan Tun Mahathir sentiasa puas hati dengan prestasinya, tiada sebab bagi Perdana Menteri mahu memecatnya.

Barangkali juga Dr. Mazlee tidak rajin mencium tangan Tun Mahathir atau Tun Siti Hasmah Mohd Ali seperti sesetengah orang lain yang lebih buruk atau lebih kurang sama prestasi dengannya.

Sementara itu, sebuah portal mendedahkan, Dr. Mazlee meletakkan jawatan setelah menerima sepucuk surat yang mahukannya berundur kerana didakwa sering membuat keputusan yang meletakkan kerajaan dalam keadaan sukar.

Maka, adanya surat tersebut mengesahkan lagi hakikat bahawa Dr. Mazlee sebenarnya memang diberhentikan atau dipecat yang kemudian ditukar kepada meletak jawatan lantaran kesediaannya patuh kepada arahan Tun Mahathir.

Cuba Dr. Mazlee enggan dan melawan sepertimana Anwar Ibrahim melakukannya pada 1998 dahulu?

Pastilah tajuk berita semua media 2 Januari lalu bertukar kepada – Dr. Mazlee dipecat sebagai menteri!!!

Tiada ulasan: