KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dan Pesuruhanjayanya, Latheefa Koya menyiarkan rakaman perbualan Datuk
Seri Najib Razak dan isterinya kepada umum tanpa melakukan apa-apa
verifikasi sama ada suara itu milik Najib, Rosmah dan lain-lain
melanggari prinsip keadilan.
Malah pendedahan yang dibuat tanpa kehadiran Najib atau peguam-peguamnya juga melanggari prinsip keadilan.
Peguam, Shamsher Singh Thind berkata, adalah menjadi
undang-undang asas dalam sistem pengadilan jenayah bahawa seseorang
suspek atau tertuduh harus diberi perbicaraan yang adil (nemo iudex in
causa sua) dan hak untuk bersuara (audi alteram partem).
“Kalau nak benci Najib, silakan, tetapi kedaulatan undang-undang negara harus dihormati,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.
Malah pendedahan yang dibuat tanpa kehadiran Najib atau peguam-peguamnya juga melanggari prinsip keadilan.
“Kalau nak benci Najib, silakan, tetapi kedaulatan undang-undang negara harus dihormati,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.
Latheefa sebelum ini mendedahkan sembilan
rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi
melibatkan tujuh individu termasuk Datuk Seri Najib Razak dan isteri
serta dua pemimpin daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah demi
kepentingan umum.
Kata Pesuruhjaya SPRM itu, rakaman
tersebut melibatkan perlakuan salah guna kuasa, pecah amanah, tindakan
memalsukan dokumen, pendedahan maklumat sulit, ancaman keselamatan
negara,
konspirasi jenayah, justeru ia perlu didedahkan kepada media
seterusnya rakyat tahu mengenainya.
Menurut Shamsher
Singh, beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Latheefa telah
melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 68 Akta SPRM 2009.
Katanya di bawah akta itu mereka yang didapati bersalah boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen 69, kerana
melanggari peruntukan di bawah seksyen 65(1).
Tambah beliau, menurut seksyen 65(1), jika apa-apa aduan yang dibuat
oleh seseorang pegawai Suruhanjaya menyatakan bahawa aduan itu dibuat
berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat
aduan itu, [maka] maklumat yang disebut dalam aduan itu dan identiti
orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia
antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan
maklumat itu.Malah katanya, segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang yang memberikan maklumat itu dan segala hal keadaan lain yang berhubungan dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan.
“Seksyen 65(1) tertakluk kepada dua pengecualian. Seksyen 65(2)
membenarkan pendedahan maklumat yang boleh digunakan sebagai keterangan
dalam mana-mana prosiding Mahkamah tetapi dengan syarat identiti pemberi
maklumat itu tidak boleh didedahkan.
“Seksyen 65(3) pula membenarkan pendedahan maklumat serta identiti pemberi maklumat dalam mana-mana prosiding Mahkamah dalam mana pemberi maklumat itu didakwa kerana memberi maklumat palsu,” jelas beliau.
Shamsher Singh berkata, memandangkan kedua-dua pengecualian tidak terpakai dalam kes ini, maka “general rule”, iaitu maklumat yang diberikan kepada pegawai SPRM adalah rahsia, terpakai, oleh itu pendedahan tersebut adalah pecah rahsia. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan