Khamis, 15 Ogos 2019

Lebih 100 laporan polis dibuat terhadap Zakir Naik

MALAYAIAKINI



Polis sedang menyiasat pendakwah Dr Zakir Naik mengenai kenyataannya semasa berucap di Kelantan minggu lalu.

Menurut Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Huzir Mohamed memaklumkan sebanyak 115 laporan polis telah dibuat terhadap pendakwah tersebut.

Dalam ucapannya pada 8 Ogos lalu, pendakwah itu mempersoalkan kesetiaan warga negara Malaysia beragama Hindu dan mencadangkan orang Cina Malaysia sebagai "tetamu lama" di negara ini.

Zakir yang bertaraf penduduk tetap Malaysia mendakwa kenyataannya mengenai Hindu Malaysia disalah petik tetapi masih belum menjelaskan kenyataan mengenai orang Cina tempatan.

Tiada ulasan: