Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, kerajaan sepatutnya menjadi agen kepada penyelesaian konflik dan mencari solusi untuk menangani isu berbangkit.
Namun ujarnya, semakin hari kerajaan semakin menggadaikan masa depan negara apabila gagal menangani pelbagai konflik dalaman negara sehingga menimbulkan ketidakstabilan politik negara.
“Ketidakstabilan politik sudah tentunya akan menjejaskan perkara asas lain seperti aspek ekonomi dan sosial.
“Kesannya, masa depan negara dan rakyat Malaysia dipergadaikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu menambah, komponen PH lain yang majoritinya orang Melayu pula tidak progresif dalam memperjuangkan maruah dan tradisi bangsa Melayu sehingga dipertikaikan oleh bangsa lain.
Kini tegas beliau, kestabilan politik negara semakin terjejas ibarat telur dihujung tanduk apabila timbulnya pelbagai isu serta provokasi yang menjejaskan keharmonian negara.
“Terbaharu Dong Zong serta beberapa pertubuhan lain semakin radikal dalam membantah tulisan Jawi yang dianggap ancaman kepada hegemoni budaya orang Cina.
“Malah pemimpin DAP yang mendakwa parti mereka adalah bersifat pelbagai etnik juga menentang tulisan jawi yang sememangnya menjadi warisan tradisi orang Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan