Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Cakap sesuka hati, perjuang isu-isu sensitif LGBT boleh pula
MENDENGAR
ucapan Dr Zakir Naik sepenuhnya ketika berceramah di Kelantan, saya
tidak nampak kata-katanya menghasut atau boleh memporak-perandakan
kehidupan berbilang kaum di negara ini, berbanding dengan ultra kiasu
yang menghina Angkatan Tentera Malaysia dan tulisan jawi.
Dalam
negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak bersuara
dalam ruang lingkup yang dibenarkan Perlembagaan, apatah lagi mereka
yang bertaraf warganegara dan penduduk tetap.
Jika ultra
kiasu boleh menjemput sesiapa sahaja yang mereka suka daripada luar
negara untuk merosakkan budaya hidup kita, yang tidak ada kena mengena
dengan kita, dan bercakap sesuka hati sehingga kadangkala menimbulkan
huru-hara, kenapa mereka yang bertaraf penduduk tetap tidak boleh
bersuara?
Lihat
wajah ultra kiasu sebenar, mereka jemput penceramah kesukaan mereka,
sesuai dengan kehendak mereka, diberikan publisiti besar-besaran.
Bercakap sesuka hati, termasuk isu-isu sensitif seperti mahukan negara
mengamalkan kebebasan seks, LGBT dan sebagainya.
Apakah
kita sudah lupa watak-watak yang dijemput seperti Mustaffa Akyol dan
Irshad Manji yang jelas mahu menghalalkan LBGT dan perkahwinan sejenis,
diberikan publisiti besar-besaran sehingga menggemparkan negara. Begitu
juga dengan, Amina Wadud, dengan ajaran sesat mengenai hak wanita
menjadi imam jumaat dan khutbah Jumaat.
Perkara
yang dibawa bukan sahaja bercanggah dengan budaya dan cara hidup Islam,
malah bercanggah dengan sama sekali dengan Perlembagaan. Mana lebih
bahaya antara Zakir Naik dengan ultra kiasu dan liberalis, pembawa
ajaran sesat ini.
Belang
ultra kiasu terserlah apabila mempertahankan habis-habisan
perosak-perosak ini atas dasar kebebasan hak asasi manusia, sedangkan ia
bercanggah dengan cara hidup, undang-undang Islam negeri dan
Perlembagaan negara.
Namun,
apabila kena pada kita, penceramah yang mereka tidak sukai, tunggu buat
silap sedikit sahaja, maka di situ mereka akan ambil kesempatan dan akan
diviralkan agar, orang yang mereka tidak sukai itu dikenakan hukuman
berat. Satu kesilapan yang ditutup tutup habis 999 kebaikan.
Inilah yang berlaku kepada Zakir Naik. Tunggu masa dan saat yang sesuai untuk bertindak.
Sedangkan ucapan Zakir Naik itu tidak pun menimbulkan huru-hara. Tindakan Dong Zong yang terang-terangan, jauh lebih menghasut.
Begitu juga dengan ultra kiasu yang sanggup pergi ke India berjumpa dengan pemimpin subversif, LTTE.
Sudahlah ultra kiasu, kami kenal siapa kamu?
Zakir Naik
sudah menjelaskan bahawa ucapannya itu diambil di luar konteks dan
menjelaskan ada beberapa kumpulan ultra kiasu di negara ini memilih
untuk menyokong Perdana Menteri India, berbanding Dr Mahathir, dalam isu
Zakir Naik.
Penjelasan
Zakir Naik ini sudah cukup difahami, tetapi ultra kiasu ini tidak puas
hati. Persoalan yang ingin saya lontar kepada ultra kiasu, selama umat
Islam mengikuti dan mendengar ceramah Zakir Naik, tidak kedengaran pula
bukan Islam di negara ini dianiaya, dizalimi dan dibunuh.
Rata-rata
yang saya dengar dengar umat Islam terbunuh, sama ada ketika berada di
lebuh raya, mahu pun ketika menjalankan tugas sebagai anggota bomba.
Bagaimana
pula dengan Ahli Parlimen Kluang yang berucap menyamakan tulisan jawi
dengan tulisan porno. Apabila isu ini menjadi viral, apa kata ultra
kiasu ini? Dia kata, ucapannya diambil di luar konteks, salah MCA, UMNO
dan PAS kerana viral isu ini. Hairan sungguh kenapa ultra kiasu diam
seribu bahasa malah sanggup mempertahankannya.
Masih tak nampak. Kena pada mereka boleh, kena pada kita, bukan main lantangnya ultra kiasu ini berbicara.
Bila Zakir
Naik berkata pihak yang mahu dirinya sebagai tetamu baru keluar, harus
menghantar orang Cina selaku “tetamu lama” keluar dari negara ini,
terlebih dahulu. Adakah kata-kata ini semua salah?
Tetamu
lama bukan sahaja perlu keluar, malah sebelum keluar perlu disumbatkan
dalam penjara. Bayangkan, mereka sanggup mengeluarkan kata-kata yang
menghiris anggota tentera yang majoritinya orang Melayu, hanya makan
tidur.
Jika Zakir
Naik yang menjadi tetamu baru sedikit celupar, boleh dimaafkan lagi,
sebab nama pun baru. Ini terbalik pulak, tetamu lama, bergenerasi
tinggal di sini, tidak pernah faham akan kehidupan bernegara. Agenda
negara tidak dihayati, penguasaan Bahasa Cina mereka jauh lebih fasih
daripada penguasaan Bahasa negara.
Bayangkan
jika majoriti anggota tentera adalah orang Cina, sanggupkah Cina ultra
kiasu yang telah dikayakan oleh sistem yang sedia ada ini berkata
sedemikian?
Saya amat
yakin, jika anggota tentera itu majoritinya orang Cina, dia tidak akan
mengeluarkan kata-kata sebegini. Anggota tentera di negara China antara
anggota yang paling ramai dalam kalangan negara dunia, kenapa tidak
berani kata mereka juga makan dan tidur?
Sama juga
tindakan ahli perniagaan besar, yang mewarnakan bendera Malaysia dengan
warna hitam daripada warna asal merah. Kenapa begitu kurang ajar ubah
bendera Malaysia dengan warna hitam.
Banyak
tindakan lain boleh dibuat selain mengubah bendera. Bila isu menjadi
viral, dia pun minta maaf. Kenapa tidak bising dan viral isu ini. Itulah
wajah ultra kiasu sebenar.
Ultra
kiasu ini dikayakan oleh kerajaan, apabila mereka kaya, ultra kiasu
inilah juga yang menjadi pengkhianat. Permohonan maaf oleh ultra kiasu
ini tidak cukup. Beliau mesti didakwa.
Tidak
dinafikan Zakir Naik agar celupar sedikit tetapi adakah apa yang
dikatakan itu semua salah? Lebih-lebih jika Zakir Naik merujuk kepada
segelintir bukan semua.
Nasihat
saya kepada Zakir Naik, supaya lebih berhati-hati apabila berkata. Fikir
dulu. Fokus pasal dakwah. Tidak perlu singgung pasal hal ehwal negara
ini. Biar kami yang selesaikan.
Ingat
Zakir Naik, musuh sentiasa memerhatikan kamu, tunggu buat silap sikit
sahaja. Kesilapan yang sedikit itulah yang akan disensasikan agar kamu
dikenakan tindakan dan keluar daripada negara ini. Jadi, sebelum perkara
tersebut berlaku, lebih baik kamu berhati-hati
Fokus
kepada dakwah dan perbandingan agama. Tidak perlu memandai-mandai
bercakap hal ehwal politik negara ini. Ramai lagi rakyat Malaysia yang
boleh memberikan komen sedemikian tetapi bukan kamu.
Perdana
Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah cukup baik mempertahankan kamu,
menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak
supaya Zakir dihantar pulang ke India selagi pendakwah itu tidak dijamin
mendapat perbicaraan yang adil di sana.
Setelah
mengalisis semua perkara ini, saya fikir semua ini dilakukan oleh ultra
kiasu dengna penuh berstrategi dan licik semata-mata untuk menutup isu
jawi yang ditimbulkan oleh mereka sendiri.
Dengan hangatnya isu Zakir
Naik, membolehkan rakyat lupa isu jawi, tentera makan tidur dan
lain-lain. Isu Zakir Naik sengaja disensasikan bagi menutup kejahatan
mereka.
Bukti
menunjukkan memang benar ada pemimpin negara ini lebih menunjukkan
kesetiaan kepada negara China dan India daripada negaranya sendiri
Dahulu
orang Tanah Besar China sibuk mencari warisnya di sini. Kini, jauh
berbeza, Cina Malaysia sebuk mencari waris mereka di China. Malah ada
yang berdemonstrasi agar China mengiktiraf hak rakyat Hong Kong dan
Taiwan.
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan