Jumaat, 2 Ogos 2019

Faizal Tahir mangsa sabotaj gambar bogel?

Ramlah Zainal
 


PENYANYI dan komposer terkenal Faizal Tahir, 41, mendakwa dirinya menjadi mangsa sabotaj gambar bogel mirip dirinya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Namun, Faizal tidak mengesahkan atau menafikan gambar bogel itu adalah dirinya dan membiarkan warganet menilainya sendiri.

“Kalau ini percubaan orang bagi mengganggu rumah tangga, saya doakan yang baik-baik untuk orang itu kerana rumah tangga bahagia.

“Saya tidak perlu menjawab apa-apa kerana hanya isteri dan Allah SWT yang tahu.

“Terpulang kalau orang kata itu gambar saya kerana tidak ada apa yang perlu disorokkan,” katanya pada majlis pelancaran album terakhirnya Rojak di Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Faizal, dirinya masih berfikiran waras untuk melakukan perkara yang mengaibkan itu.

“Saya sudah berusia 41 tahun dan banyak benda positif yang boleh dikongsi,” katanya.

Ditanya siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar bogel itu, Faizal tidak tahu mengenainya.
“Apa yang penting, gambar itu bukan disebarkan oleh saya.

“Kalau ada yang berasakan gambar itu adalah saya, nikmatilah gambar itu,” katanya.

Tiada ulasan: