ISMA WEB
Sistem perkhidmatan disediakan Tabung Haji yang terbaik di dunia
ALOR SETAR
– Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk
Seri Mukhriz Mahathir yakin tiada pengeluaran panik akan dibuat oleh
pendeposit akaun Lembaga Tabung Haji (TH), walaupun hibah yang diumumkan
kali ini adalah yang terendah.
Beliau
berkata, walaupun banyak maklum balas negatif yang diterima, pengeluaran
secara panik itu tidak akan berlaku kerana sistem perkhidmatan yang
digunakan oleh TH adalah antara yang terbaik di dunia.
“Sistem
perkhidmatan yang dipraktik TH menjadi pilihan untuk dipelajari oleh
banyak negara Islam yang lain, tetapi disebabkan oleh pengurusan
terdahulu yang tidak telus, pendeposit yang terpaksa menanggung keadaan
itu.
“Buat masa
sekarang penjelasan demi penjelasan telah dikeluarkan oleh TH dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai
isu kadar agihan hibah itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari
ini.
Beliau
menjawab persoalan sama ada akan berlaku pengeluaran panik oleh
pendeposit susulan pengumuman hibah TH bagi tahun kewangan 2018 sebanyak
1.25 peratus oleh Mujahid, Jumaat lepas.
Sementara
itu, Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata beliau juga yakin
isu kadar agihan hibah itu tidak akan menggugat kempen Pakatan Harapan
(PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
“Isu itu
tidak akan jejaskan PRK Rantau kerana kami akan dedahkan segala
kemungkaran yang telah dibuat oleh pengurusan TH yang terdahulu supaya
masyarakat tahu apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.
Dalam
perkembangan lain, mengenai tindakan pihak tertentu yang menjadikan isu
Statut Rom sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Tun Dr
Mahathir Mohamad, beliau berkata, tindakan itu tidak akan melemahkan
semangat PH sebaliknya menyatupadukan lagi parti.
“Apa juga
hasrat pihak tertentu itu, mereka akan terima reaksi yang kuat daripada
PH dan ini akan kuatkan lagi parti untuk terus beri sokongan kepada Dr
Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Sebenarnya
ia perkara baik tapi buat masa ini kita tidak tandatangan, tetapi
harapan saya satu hari nanti semua akan sedar perkara itu. Buat masa
ini, bagi kita (kerajaan) masa untuk terangkan mengenai Statut Rom ini
kepada semua orang,” katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan