Isnin, 8 April 2019

PAS pusing-pusing: Salahuddin

ISMA WEB

Kerjasama UMNO dan PAS akan menyemarakkan politik perkauman


SEREMBAN – Timbalan Presiden PAN, Datuk Salahuddin Ayub berkata, penyatuan UMNO dan PAS hanya akan menyemarakkan lagi politik perkauman.

Katanya, beliau berasa hairan mengapa PAS ingin bersama UMNO, sedangkan suatu ketika dahulu UMNO pernah menuduh PAS sebagai parti perkauman.

“PAS dan UMNO hari ini cuba jana kekuatan atas nama kaum, tapi perlu diingat mereka kalah dalam pilihan raya umum yang lalu.

“PAS dah u-turn banyak kali, mereka berpusing-pusing dalam keputusan mereka. Jika kita hendak hentikan politik perkauman, kerjasama UMNO dan PAS perlu dihentikan,” katanya ketika program ceramah di Taman Bukit Tuanku, di sini malam ini.

Beliau juga berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum yang lalu tidak bergantung kepada latar belakang calon, dan beliau meninggalkan parti itu agar boleh memberikan perkhidmatan kepada semua kaum.

“Dulu kita tinggalkan PAS, Kenapa? Sebab kita nak amalkan Islam untuk semua, keadilan untuk semua. Kita tak boleh paksa orang masuk Islam. Peranan Islam mengamalkan belas kasihan untuk semua,” katanya. – Bernama


Tiada ulasan: