Isnin, 8 April 2019

Tedung selar patuk ‘Raja Ular’

ISMA WEB


Kakitangan Taman Ular Perlis masih koma, dirawat di ICU

KANGAR – Seorang lelaki yang digelar ‘Raja Ular’ nyaris maut apabila dipatuk ular tedung selar ketika menangkap reptilia itu di Kampung Belukar, Abi, semalam.

Azri Ahmad, 50, seorang petugas Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat di sini yang berpengetahuan luas dalam hal berkaitan ular, dipatuk di tangan kanannya.

Isterinya, Siti Hawa Mahamad ketika ditemui Bernama berkata, suaminya menerima panggilan daripada penduduk memaklumkan mengenai keberadaan seekor ular di kampung itu pada kira-kira jam 1 tengah hari.

“Saya menemani suami apabila ada makluman mengenai ular dan kami berdua pergi untuk menangkapnya. Bila dah dapat tangkap, suami saya masukkan ular itu ke dalam guni, tetapi kali ini ular itu bertindak agresif.
 
‘Raja Ular’ Azri Ahmad, 50 tahun, dilaporkan masih koma 
di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, 
selepas dipatuh tedung selar, semalam. – Gambar FB


“Suami saya dipatuk ular itu, tetapi merahsiakan daripada saya. Dia hanya cakap senerih (tergesel) saja. Saya kemudian memaksa beliau pergi ke hospital mendapatkan rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Siti Hawa berkata, sejurus tiba di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), suami beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan masih tidak sedarkan diri.



Tiada ulasan: