Golongan pengawal rantaian makanan patut diberi tempat terbaik

KUALA LUMPUR,
– Pemuda PAS menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng minggu lalu, meletakkan golongan petani,
penternak dan nelayan dalam ‘kelas ketiga’.
Timbalan
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, nasib
golongan ini tidak diberi perhatian sewajarnya, sedangkan ia penggerak
peranan penting pengeluaran keperluan makanan dalam negara.
Beliau
berkata, seperti mana para atlet negara disediakan RM100 juta sebagai
inisiatif dalam sumbangan sukan, golongan pengawal rantaian makanan juga
perlu diberi ‘tempat’ terbaik dalam masyarakat atas peranan mereka.
“Kerajaan
seharusnya melakukan ‘pelaburan’ sewajarnya ke atas golongan itu
sebagaimana diperuntukkan kepada sasaran lain yang dikategorikan
menyumbang kepada negara,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.
Beliau berkata demikian dalam perbincangan Belanjawan 2019 pada program Teh Tarik For Malaysia di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, di Gombak.
Beliau berkata demikian dalam perbincangan Belanjawan 2019 pada program Teh Tarik For Malaysia di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, di Gombak.
Pada masa
sama, beliau turut mempersoalkan potongan besar peruntukan sehingga 75
peratus iaitu RM98.5 juta berbanding RM262 juta kepada nelayan dan
sebanyak 50 peratus iaitu daripada RM593 juta kepada RM281.5 juta kepada
pesawah.
”Hal itu hanya akan terus menyebabkan golongan tersebut menjadi rakyat kelas ketiga di negara ini.
“Sedangkan di negara seperti Jepun dan United Kingdom, golongan demikian merupakan jutawan kerana mengawal rantaian makanan,” katanya.
“Sedangkan di negara seperti Jepun dan United Kingdom, golongan demikian merupakan jutawan kerana mengawal rantaian makanan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan