Khairy
Jamaluddin mempertikai pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik
sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Secara sindiran, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyifatkan menteri pada era Malaysia Baharu termasuk Maszlee sebagai “gila jawatan”.
“Tak ada orang lain nak dilantik sebagai presiden UIA? Menteri sendiri nak juga jawatan ini? Ingat Malaysia Baharu ni tak gila jawatan,” tulisnya di Twitter hari ini.
Beliau mencadangkan Maszlee menolak pelantikan “diri sendiri” kerana “banyak lagi kerja perlu dibuat sebagai menteri pendidikan Malaysia”.
Sebelum ini Wakil rakyat DAP turut meminta Maszlee segera melepaskan jawatan tersebut kerana tindakan itu bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).
Pada kenyataan media, Ahli Dewan Undangan Negeri Kampng Tunku Lim Yi Wei dipetik berkata PH sebelum ini menjanjikan autonomi pentadbiran universiti dan bebas daripada pengaruh politik.
Beliaujuga mengingatkan kenyataan Maszlee pada 7 Jun lalu berkaitan PH tidak akan menyalahgunakan universiti untuk kepentingan politik.
“Kegagalan melakukannya (melepaskan jawatan) akan mengecewakan pelajar yang berharap kepada kita untuk memulihkan kebebasan akademik,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan