KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Yang
di-Pertuan Agong bersedia memberi pengampunan dan membebaskan Datuk Seri
Anwar Ibrahim dari penjara dengan kadar segera.
Perdana Menteri ketujuh itu berkata, perkara itu dibincangkan dalam
pertemuan pemimpin 4 parti komponen Pakatan Harapan (PH) dengan Sultan
Muhammad V, semalam.
“Dalam perbincangan empat parti dengan Agong, Agong menyatakan beliau
bersedia untuk memberi pengampunan kepada Anwar dalam kadar segera.
“Kami akan lakukan proses sewajarnya untuk dapatkan pengampunan Anwar,
bukan sahaja dia mendapat pengampunan, tetapi dia juga akan dibebaskan
serta-merta,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Jabatan Penjara Malaysia sebelum ini mengesahkan ketua umum PKR dan PH itu akan dibebaskan 8 Jun depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pengiraan tempoh
hukuman perlu dijalani Anwar dan tarikh pembebasannya dibuat mengikut
ketetapan Seksyen 44 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43(1)(a)
Peraturan-peraturan Penjara 2000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan