Jumaat, 11 Mei 2018

Presiden MIC ramal bersara lima tahun lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam menjangkakan penggal kali ini akan menjadi medan terakhir untuk beliau bergiat aktif dalam dunia politik.
 
Pakar dermatologi itu berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam politik dalam usia 70 tahun, sebaliknya mahu berkhidmat sepenuh masa sebagai pengamal perubatan.
 
“Bila sesuatu berakhir, ada yang lain bermula.
 
"Saya sudah fikir ini akan jadi penggal terakhir saya, kerana saya tidak mahu terlibat dalam politik lagi bila mencecah umur 70-an.
 
“Keputusan pilihan raya tunjukkan politik sudah tamat awal bagi saya,” kata pemimpin 65 tahun itu yang dipetik The Star.
 
Dr Subramaniam gagal mempertahankan gawangnya di Parlimen Segamat, kerusi yang disandang beliau sejak 2004, kepada calon PKR Datuk Seri R Santhara Kumar dengan majoriti 5,476 undi.
 
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Dr Subramaniam memperoleh 18,584 undi berbanding 24,060 undi yang diraih Santhara manakala calon PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil hilang wang pertaruhan setelah hanya memperoleh 2,676 undi.
 
 

Tiada ulasan: