Ahad, 27 Mei 2018

Musa jemput SPRM geledah kediaman

 
   
Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi itu.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh peguam (Musa), Zahir Shah hari ini, Musa berkata beliau mengalu-alukan SPRM untuk menggeledah kediamannya.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa pegawai SPRM membuat serbuan ke kediaman Musa tetapi gagal memasuki kediamamnya kerana tiada seorang pun berada di rumah.— Bernama


Tiada ulasan: